Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, September 5, 2016

Arabian Delight

 Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), padaNya tempat bergantung, semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah swt, Ameen.
nk jumpa raya plak dh! bru la nk update, lama sangat dh ler kena peram ni..biskut yg buat awal bln 3 lgik utk kluaran Saji jun hritu, tkpe la ye wpun dh lama sangat basi ni..sbngai kenangan dan rujukan tepek la jgk, mna thu kut ada yg nak buat utk raya haji plak deh! biskut ni idea dari biskut arab kat sni, kbetulan satu hri tu pergi nk beli baklava kat saadeddin pastry..satu2nya kedai yg jual the best baklava in the kingdom, selain baklava ada jual bnyk jgk biskut2 yg mewah dgn kekacang ni..jdi dri situ la dtg ilham utk buat biskut ni, tu yg buh nama arabian delight..biskut yg agak lain skit dri koleksi biskut raya yg ada, nak buat pun xde susah mana..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada, life is short..semoga kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita miliki..

biskut coklat yg rangup diganding plak dgn kesedapan coklat putih, lemak kacang pistachio, almond dan manis kismis buatkan biskut ni special sikit, rasanya lain dri biskut raya yg biasa kita mkn..pas skeping2 rasa nk msuk mulut, sedapp! 

ARABIAN DELIGHT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 110g mentega tanpa garam (unsalted) - suhu bilik
  • 70g gula kastor
  • 150g tepung serbaguna
  • 20g tepung kastard
  • 20g tepung jagung
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 kuning telur 
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 1/8 sudu kecil garam - abaikan jika guna garam biasa
  • 200g coklat masakan putih
  • 1/4 cawan badam biji - cincang *
  • 1/4 cawan kismis - cincang *
  • 1/4 cawan kacang pistachio tanpa kulit - cincang *
Cara

1. Panaskan oven 170 C, alas loyang dengan kertas baking.
2. Pukul mentega dan gula biar sebati, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
3. Masukkan bahan kering dan putar biar sebati.
4. Bentuk leper dan susun dalam loyang, bakar selama 17-18 minit, sejukkan sepenuhnya.
5. Cairkan coklat masakan secara steambath (mangkuk coklat atas periuk berisi air panas), masukkan bahan bertanda *, amik setengah sudu dan ratakan atas biskut, buat dengan segera kerana coklat putih cepat keras.

cuma msa nk letak topping atas tu kena buat cepat2 sblum coklat mengeras, dan utk topping tu xde sukatan khas sebenarnya..maz pun main masuk je, agak2 la ye kira biar padan dengan coklat yg dicairkan..pistachio tu beli yg dh siap tanpa kulit, ada jual kat bakeri..maz beli kat pasaraya je, sni kekacang gini memang bnyk sangat la..cuma harganya mahal sangat sbb nilai duit dinar sini tinggi, klu convert ke ringgit sekilo rm100 lebih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...