Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, September 22, 2016

Terung Goreng Pedas Dengan Bilis

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
agak kebzian skit shri 2 ni, ditambah plak dgn mood yg xberapa rjin..tu yg xde update blog, maaf la gmbar ni blur skit..ingat xnk tepek dh sbb kejadian pun dh dkat setengah tahun ni! buat hjun bln 3 lgik..tpi sbb xde lgi kat blog, letak la jgk..lauk ringkas yg sedap! kbetulan stok terung bnyk! bkn saja beli..tpi sbb org jual tu xde duit kecil nk bagi baki, dia pon main buh je terung tu dlm plastik..senang cerita deh! maz borong sayur tu masa penghujung musim sejuk awal thun hritu..dh puas duk buat gulai, celur sbb sbjik pun dh dpt 1 periuk..terung jenis besar, tu yg goreng dgn bilis ni..yg versi kentang plak ada kat sini..InysaaAllah jumpa lagi, selamat berhujung minggu dan maaf  atas segala silap yg ada..

TERUNG GORENG PEDAS DENGAN BILIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji terung - maz guna terung besar mcm dlm gambar kat bawah
  • 1 mangkuk kecil bilis belah tanpa kepala
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 1 biji cili merah - potong serong
  • 1/2 labu bawang besar - belah kasar
  • gula, garam dan aji jika suka
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara

1. Tumbuk sedikit kasar bahan bertanda.
2. Potong terung sederhana kecil, terpulang nak potong macam mana.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng terung biar perang dibahagian isinya, angkat dan toskan.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak dan goreng bilis biar garing, angkat dan ketepikan.
5. Dengan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk biar garing, masukkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak, masukkan gula dan tumis sekejap lagi, suai secukup rasa (garam tu jika perlu sebab minyak bekas goreng bilis dah masin)
6. Masukkan terung, cili, bawang dan bilis, sebatikan dan goreng sekejap lagi biar sambal kering.

ni ler terungnya, sihat2 la..memang geram klu pergi pasar tu, segala sayur cantik2..pasar tu dlm taman luas, local people siap berkelah lgi kat situ..depa bawa segala periuk, tikar..bln 11 ni start blik la pasar tu sbb dh nak masuk musim sejuk..memang best la, maz duk borong tomato ceri dgn lada solok tu..suka mkn tomato tu, manis la! betul, sedap lgi dri angur..skli beli 3-4kg, pastu sblum smpai rmah duk mkn dh..main lap nga tisu je nyap2 dlm kereta dgn suami..

abangngah pun mkn terung goreng ni, sedap katanya..meratah pun bleh hbis spingan! tukang masak ni suka klu bilis2..goreng curah kicap pon sedap deh! klu tanak pulut maz goreng bilis sbb ikan masin suami dgn anak2 xsuka, pastu kelapa parut..sedap! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...